Thursday, March 24, 2011

Speak Now. Be Heard

Assalamualaikum & good day! Kali ni punya entry tuan tanah akan bercerita tentang abah tuan tanah. ye anak anak. siapa yang perasan kat fesbuk tu 22/03 aritu merupakan hari ulang tahun kelahiran abah tuan tanah yang ke 55. and korang sume tau tak yang actually 22/03 jugak merupakan hari ulang tahun allahyarham P.Ramlee? bonus lagi untuk tuan tanah it was also one of my good friend's birthday. her 24th birthday. moga panjang umur, murah rezeki, diberi jodoh yang beriman & dirahmati Allah selalu. amin.

Anyway, sebut pasal hari jadi abah tuan tanah yang ke 55, abah tuan tanah dah officially pencen dari pekerjaan beliau. Abah akan turut menyertai kelab "mari duduk rumah" bersama mak tuan tanah. hihi. confirm ribut punya la bila diorang bersama 24jam.

Btw, tuan tanah nak kongsi rasa betapa bertuahnya dilahirkan dimuka bumi ini. Berbintikan abah tuan tanah dan dilimpahkah dengan kasih sayang yang tidak putus putus dari abah & mak. Tuan tanah bukan dilahirkan dari keluarga berada, tapi alhamdulillah Abah akan sentiasa memastikan kami sekeluarga cukup makan & cukup pakaian. Dulu mak pernah kadang2 mengeluh tentang kehidupan kami yang tak pernah senang macam orang lain. Abah selalu cakap ramai lagi yang susah dari kita. Bersyukur. Malah sekarang tuan tanah rasa berlebih. bukan terlalu lebih tapi agak berlebihan.


Abah tuan tanah bukan jenis kuat melenting kalau nak banding dengan mak tuan tanah. Dia penyejuk antara kami. Dia la kuasa neutral. Sampai kadang kadang dia tersepit antara kami. Tipu la kalau tuan tanah tak pnah rasa abah tuan tanah tak berlaku adil antara tuan tanah dengan abang. Atau rasa annoying, atau rasa marah terhadap abah tuan tanah. Tapi deep in my heart, Abah tetap hero no 1 tuan tanah. He never ever give up on us especially pada mak. Thats the best gift i ever had from Abah. He always there for my mom. Sentiasa mencuba yang terbaik untuk kami semua.

Tuan tanah betul betul rasa bersyukur perkahwinan mak & abah yang hampir 30 tahun masih kukuh tak seperti sesetengah pasangan suami isteri yang gagal dipertengahan jalan. Tak bersyukurlah tuan tanah kalau masih tidak berpuas hati dengan kehidupan sekarang. Sekarang giliran tuan tanah membalas semua jasa abah selama ni bersusah payah membesarkan tuan tanah & menjadi ketua sebuah institusi keluarga. Sabar ye abah. Adik tengah usahakan. Abah kena kuat semangat dan jangan putus asa.


Sempena ulang tahun kelahiran abah kali ni, adik doakan agar abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan meneruskan hidup, diberi kesabaran yang tinggi agar tidak mudah putus asa & dilimpahkan segala rahmat dari Allah SWT. Amin. Terima kasih abah atas jasa jasa abah selama ni. Sekarang abah dah boleh rehat. Biar adik & abang pula jaga keluarga. Insya Allah dengan berkat doa mak & abah, satu hari nanti mak & abah pasti bangga dengan 2 anak mu ini.

Friday, March 18, 2011

Percutian Terpimpin


Hello everyone!! Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di ruangan siber yang serba lengkap. Tak percaya? Try google Saidatul Nazla. Banyak benda bleh anda tau. Haa dan dan pastu korang google nama korang kan? ^o^

Actually kali ni Tuan Tanah nak share percutian tuan tanah bersama 11 lagi bakal bakal pemimpin ke Kuching, Sarawak. Apsai Sarawak? kalau tanya tuan tanah simple je, dalam bebanyak negeri dalam Malaysia, Sarawak je belum penah gi. Jadi tu la sebab nya.

Tuan tanah selaku yang mengbook kan tiket AA bulan May2010 dahulu berasa sungguh excited. sampai malam sebelum naik belon pun tak cukup tido. tapi relax je bangun awal pagi. lain la ada sorang kawan tu. kelam kelibut! kul 6 pun belum bangun! haha

Sampai je sana dah ade drebar nunggu. yep kami amik service sewa kenderaan + drebar. sebab bukan senang nak guna public transport kalau udah 12 org. jadi, 1st tempat yang kami tuju ialah Pasar Serikin. Kat sini banyak jual barang Indo-Sarawak. Nasib time ni ala ala mendung gitu. Tapi yang tekujatnye, dari airport Kuching nak ke sana ada dkat 2 jam beb. lepas tido bangun tido bangun baru smpai. mcm2 la jual sini. dari barang cenderamata sampai la perkakas dapur. ala ala uptown? tapi idok le moden benor. jalan pun berbatu batu.


yang pasti time ni kami lapar gila. nasib kami mintak abang rahmat (drebar kami) singgah petrol station untuk beli kudap kudapan. sampai je sini, abang rahmat pesan jangan makan sebarangan. bukan semua halal. so bila dah was-was baikla idok makan langsung. tapi jalan tetap jalan walaupun ala ala perut lagu hiphop.


Ada la 2 jam kami kat sini. Panjang woi kedai kedainya. korang pnah p pasar stadium shah alam? takpun pasar setia alam? ha cmtu la panjangnya. pastu kami straight p makan late lunch. Kat daerah Matang. Nama kedai tu Papadome. ala actually papadom tu. tapi mungkin dia stylo kan ejaan tu.


kat sini they served a very delicious roasted ayam penyet. ke tuan tanah dah lapar ek? beb 2 minggu tak jumpa nasik. ni la 1st nasik tuan tanah makan untuk bulan March. ko mampo?


Dari sana kami pulang ke Kuching untuk ke Kedai Kek Lapis. Kalau gi Sarawak tak beli kek lapis tak sah! yang confirm korang kena pi Kek Lapis Dayang Salhah. sila beli kek lapis india berkodi kodi okeh. sangatlah sedap tak terkata. apa tu kek lapis india? actually kek lapis yang di lapiskan dgn coklat cadburry. terliur? haha


they also hidangkang pelbagai jenis kek lapis untuk dijadikan tester. dah la baru sudah makan nasi dalam sejam lalu pastu bantai melantak kek-kek yang dihidangkan. ater? nak cuba. pastu baru boleh decide nak beli yang mana. range harga kek sini dari RM10-RM25. Paling best diorang bagi uols time nak decide. uols can call je and ask them to send the cakes to your hotel. dah bayar atau tak bayar lagi pun boleh. but we ols isi dalam borang and pay. and asked them to send the cakes the day before kitorang balik rumah. and bagusnya diorang pack dalam kotak. agak customer-friendly lah. depan kedai ni plak ada jual ikan terubuk masin. slamber order and ask them to send together with the cakes. muraaaaaahhhh sangat ikan tu. boleh dapat 4 ekor rm10 pun ada. but of course we would go for bigger size. BARU SYIOKKK!!



Bila dah settle bab kek & ikan, kami decided nak check in dulu hotel. Kami duduk kat Basaga House. kalau dengar nama mesti pelik "apa tu?" tapi cuba uols gi usha website, cantek!! and we were actually lucky la sama cantek dlm laman sesawang dan in real life. haha. konsep ala ala rest house with perabot kayu. kebanyakan yang duduk sume foreigners. kire kami pun la kan? hihi. kami ambil Verandah Room for RM130 per night (1 queen bed + 1 single bed) Fyi they also have bigger room for 6 person. tapi ada 2 je la. so masa tu full. therefore, we took 4 rooms.


Day 2. Sebelum memulakan aktiviti terpimpin, singgah makan di kedai Coffee-o-Corner. makanan dia mmg merveles. ada jugak kawan kat subang suggest suh pegi kedai ni. rupanya memang la best. cuma kedai ni berhampiran dengan pejabat pejabat kerajaan. jadinya kami kan pegi during weekdays, so bila bekpes tu dikelilingi orang orang gomen yang kuar bekpes.
menu dia punya la banyak dan semuaaaaaaanya sedap. SERIOUS tak tipu. sume bende nak makan la kirenye. memang rugi la sape datang Kuching tak cuba kedai makan ni. Paling pelik tuan tanah bila order mee jawa. Pastu waiter tu cakap "mau satay?" Tuan tanah jadi pelik. Tuan tanah order mee jawa. Sekali rupa rupanya dalam mee jawa tu ada satay dan kuah kacang! Cube uols bygkan. Tapi bila uols rasa. mmg terbaik dari ladang lah! tapi satu je masalah kami kat sini, pekerja dia tapaham apa kami ckp. cakap laju pun salah order, cakap perlahan pun sama. jadi tak tahu la kami nya bahasa pelik atau bahasa diorang pelik. hihi


Lepas makan kami terus ke Santubong. btw, arini kami tema berbaju putih ye uols. haha poyo sungguh. ok back to the topic. Scenery sana, mak datok. kerlaszzz. sangat sangat cantik. so uols kalo pi santubong ada banyak pilihan. bleh gi Damai Beach, ada air terjun, & Kampung Budaya Sarawak. Ketika tu kami berpecah. sapo nak g mandi, gi la. sapo nak g Kampung Budaya pun bleh gi. Since tuan tanah mmg dah bajetkan duit nak masuk Kampung tu, jadi tuan tanah bertekad ke sana juga.


Rasa seronok dapat rasa sendiri cmne kehidupan orang orang sarawak ni. pulak ditambah dengan show tarian dari kaum kaum sana. SERONOK!! Fyi, charge utk masuk RM60 for adult. tapi berbaloi wa cakap lu. lagipun abg drebar dptkan diskaun 5inggit. hihi.


mereka ni ke Damai Beach. ada la sekor dua naik atas gunung p mandi air terjun. janji jam 3 ada depan pintu so abang drebar bleh amik semua org dan semua masih cukup sifat haha.

pastu kan uols, tuan tanah dan kawan kawan gi area Waterfront. Situ ada Main Bazaar. port tempat beli cenderamata, gambir pun ada tau uols. ada ke org tu suh kami beli?? dia mempertikaikan kebolehan kitorang! btw, sini harga lebih kurang je. tapi kena pandai cari port la. ada yang murah singgit dua. situ la kami beli. so korang kena kasi survey dulu ok. Then kami berpeluang naik ke seberang. seberang mana? ntah. untuk amik gambar di bangunan kerajaan. Memula kami dengar pegi balik naik bot tu RM19. tny lagi satu RM1.00. jauh beza kan? tau pasai apa? pasai hat rm19 ada insurance. haha kami dgn poyo cuaknya naik yang rm1 nya. dasar kedekut!
scary beb. tuan tanah dah la tak pandai berenang. suh naik bot gini rupa. mmg abes sume gelakkan tuan tanah. dah laaaaaama tuan tanah tak naik bot cmni. last dulu masa kekecik tgk kekelip kat kampung tuan tanah. memacam tau pk. kot ada buaya, jaws ke hahah
Day 3 kami decided untuk tidak pergi jauh. Kami pergi ke semua muzium yang ada kecuali muzium kuceng. jalanjalan cari pasal, amik gamba sana sini, buat onar siap. maklumlah 12 org mmg sukar dikawal.

tapi yang best nya, tempat tempat cmni la tempat cantik untuk amik gambar. suka la 2 photographer kami. hihi. kami yang lain laaaaagi suka sebab dapat jadi subject matter. haha. maklum semua mmg gila kamera. bayangkan gi sini 4 hari tapi gambar je beribu. sah kami semua gila kamera! korang tak ke?

btw, kalau uols nak tengok gambar yang lain, tuan tanah dah publish kat fesbuk tuan tanah. lebih teratur ikut hari. ni kire preview la. kalau nak tau lebih lanjut sila cari tuan tanah kat fesbuk ye ;)
Pastu kami jugak pegi ke Cat Statue ni. ada banyak jenis actually. tapi cukupla satu buat bukti kami dah sampai. malu woi nak amik gambar kat sini. ditengah tengah jalanraya sibuk. ater? roundabout. di tengah tengah bandar. semua org duk tgk kami yang mcm orang batak ni.
Malamnya pula kami ke TopSport (tuan tanah asyik sebot topshop) the best seafood u can have. tapi agak pricey. jadi be careful bebeh. bayangkang sejug air tembikai rm20. hampeh btoi. tapi after all the foods were delicious la. puas ati jugak dapat makan. cuma kecewa abg drebar suggest gerai 33. ada ex colleague dulu suggest gerai 25. tapi durhaka pada ex colleague and go for gerak 33. sekali dah lewat sket gerai 25 tu punya la ramai orang. haha T_______T

Akhirnya sampai la ke day 4. Kami keluar bekpes di Bimmers. One of the best restaurant yang served yummy roti arab!! sangat sangat la menakjubkan. u ols kena gi tau. laksa sarawak, nasi lemak, mee kolok. semua sedap sedap belaka. mmg sangat sangat gembira dapat makan makanan yang sedap sedap ni. walaupun ada yang tinggal rm4 dalam wallet. nasib baik ada Ah Long yang bole bagi loan. haha then we off to pasar satok sekejap untuk beli pape yang kurang then terus balik hotel berkemas. *sad moment*
Dalam kul 2, kami menuju ke airport untuk kembali ke KL. masa ni mood dah lari. dah start pk kerja, dah start pk hal2 di KL. bohhhringggg! tapi what to do? we still have other responsibilities kan? Kepada sesiapa yang tak pnah ke Kuching, tuan tanah sarankan pegi. Enjoy their culture, foods & people. we definitely will come here again!

sampai bertemu lagi lain kali. oh ya. ni la muka muka sebenar ahli ahli percutian terpimpin.
The heroes:
from left: KD, Lyas, Jery, Alan, Apis (dia mmg suka pose gini) & Afdol
The chicks:
From left: Leely, Azra, Tuan Tanah, Nadia CT, Nadya UOB, Afzan

Monday, February 07, 2011

Tuan Tanah rasa..

Hello uols. Bertemu lagi kita di sini. Gi mana cuti panjang ni uols? Mesti luangkan masa dengan yang tersayangs kan? Tuan tanah tade gi jejauh pun. Rabu karoks dengan kawan kawan. Murah uols. Neway takde charge CNY eve nye charge. Manyak syiokkk.





Pastu Khamis bawak mak gi Kolam Air Panas dekat Dusun Tua, Hulu Langat. Ekceli kezen nak bwk mak dia, mak tuan tanah pun dengan selamba mengrikues nak ikot. Panas uols. Ingat suam suam kuku je. Pastu lepas rendam kaki, tuan tanah rasa mual mual gitu. Haus jangan cakap la. Mungkin it effects perjalan darah dalam badan kot. Lepas lepak situ, kami gi makan satay Hj Sahmuri kat Kajang. Dah self service uols. Bukan kena bakar sendiri ye. Kena beratur order air/satay/makanan lain then bayar. Pastu waiter akan hantar. Agak payah disitu.




Jumaat plak tuan tanah pulang ke Jeram. Sambut besday Mak Lang Jepon. Apsal nama dia Jepon? Tak pasti lak. Nanti tuan tanah mak kenapa nama panggilan dia tu. Syiok juga makan makan, spending some times with families, memain dengan anak anak buah.


Sabtu? Tuan tanah keje uols. Ala keje separuh hari dengan berbekalkan Sausage Mc Muffin with Egg dibeli dari Emsidi. Keje tak serupa kerja. Janji kerja ye tak? Pastu terus ke MBO di Harbour Palace kat Port Klang tengok wayang citer Shaolin. RM10 inggit je uols tiketnye. Terasa macam harga dedulu. Lama btul tak dpt merasa harga tu. Btw, tuan tanah tengok wayang dengan Sarip. One of my bestest friend. Dia ni busy orangnya. Jadi bila dia kemaruk tgk wayang, layankan je. Pawagam dia sejuk gil, seats? MANTAPS! takat TGV dgn GSC tu kalah la. hahaha.



Berbalik pada Shaolin tu. I think everyone should go and watch the movie la. It was a good movie. Ketepikan pasal dalam tu sibuk mengagungkan Buddha sebab itu kepercayaan mereka. Tapi banyak teladan boleh kita ikut. Merembes jugak la air mata tuan tanah nengok citer ni. Yela uols, pasal harta kita ni boleh bunuh membunuh, sampai dah takde perikemanusiaan. Sampai tak boleh beza niat baik atau jahat. Filem ni pun tunjuk yang betapa kita perlu bersatu padu. Cina dengan cina dalam movie ni gaduh nak rebut harta, takhta. Last last Inggeris yang bedil semua. Korang hape dapat? Melopong?


I think that everyone INCLUDES pemimpin pemimpin kita kena tengok. Kekayaan itu perlu untuk sesebuah negara, tapi jangan sampai abaikan kebajikan rakyat. Tuan tanah tak dapat bayangkan kalau ni terjadi kat sini. Mintak simpang. Bergaduh sesama sendiri demi takhta, harta tak bawak untung. Sok lusa bila rakyat teraniaya sape nak nanggung dosa tu? Serious merembes air mata tuan tanah.


Alamak teremosi citer benda ni. Tapi betul lah, gi la tengok citer tu. Tak rugi pun. It was a good movie. Takat brother atas tuan tanah asyik jawab tepon dengan suara yang agak annoying, tuan tanah masih bleh konsentret tengok movie ni. SYABAS!


Ahad plak tuan tanah masak sesuatu yang baru di rumah. Bila tade sape dirumah, baru rasa aman nak buat. haha. Jadi tuan tanah buat apple pie dan macaroni & cheese. Presentation tak la cantik sangat. Jadi segan nak upload gambar. Tapi rasa nya macam boleh diperbaiki. Jadi jom la sesama kita masuk kelas memasak ke, kelas menjahit manik ke sebab tuan tanah betul betul berkobar nak cari hobi baru.

Friday, December 31, 2010

Last Day

Hello u ols. Apa kabar? Tuan tanah baru je bangkit dari meroloh. Maklumlah coti umum yang telah diishtiharkan oleh PM kita setelah skuad Harimau Muda berjaya mengalahkan skuad Garuda tempoh hari. Bercakap pasal bola, tuan tanah cukup gemor. Kemenangan selesa di tempat sendiri membuatkan skuad kebangsaan menggunakan taktik 9-0-1 ater? Udoh 3 gol, baikla defensive je di tempat lawan.

Tuan tanah dapat lihat skuad kali ni muda, cergas, semangat, aggresif. Di sapot pulak dengan sedikit pemain senior yang berpengalaman. Kombinasi yang cukup brilliant! Kudos to Rajagopal. Isu laser ni sangatlah diperbesarkan oleh peminat peminat pihak lawan. Dengan si penjaga gol yang gilaaaaa drama, kecoh sekampung. Jadi peminat peminat fanatik nak mampos ni pun poyo la kata teraniaya la. Kalau tgk twitter, bukan gaduh pasal lase. Udahnya gaduh pasal sipadan la, gaduh pasal budaya la. Tah pape tah.

Yang jelas diorang ni bukan semangat kesukanan, diorang mmg suka buat onar la senang citer. Time main kat tempat dia pun berlambak gak laser kan? Ok plak? Tade plak twitter kata kami teraniaya. Busit blako. Punya la samseng mereka ni sampaikan pemain kita kena p stadium naik kete kebal. Bukan cable car ye. Kete kebal! Sungguh samseng. Populasi diorang sangat la ramai berbanding kita. Tu yang pelbagai fikiran di kepala hotak diorang which were busit!

Pape pun tahniah kepada skuad Malaysia, terima kasih Rajagopal sebab mencetuskan fenomena baru di arena bola sepak sampaikan Rio Ferdinand pun wish tahniah. Hehe.

Berbalik ke dunia sbenar tuan tanah. Arini 31 Dec 2010. Esok dah bukak buku baru. Bila tengok journey tuan tanah untuk tahun ni, macam macam tuan tanah dah lalui. Suka duka tu kompom. Kita takleh nak control every situation yang kita hadapi. Adakala termakan hati yang kadang kadang sampai menangis. Adakala baran tuan tanah sampai tak ingat itu mak bapak, itu bos. Tapi overall 60% happy. Alhamdulillah. Mak Abah masih bertahan sihat, Abang bakal bertunang esok (winks) tuan tanah walaupun kadang kadang meratapi takdir kenapa kawan kawan dah maju ke depan tapi tuan tanah masih di sini, tuan tanah tetap bersyukur ada pekerjaan sekarang.

Kawan? Kawan datang dan pergi. Tuan tanah tak boleh nak halang kawan kawan di sekeliling untuk berkembang. Tuan tanah kena positif. Kata la ditakdirkan kawan baik tuan tanah selama ni dah tidak lagi memilih tuan tanah sebagai kawan baik pun takpe. Janji mereka happy. At the end of the day, they own themselves. Jadi tuan tanah takkan regret.

Lastly, Happy New Year u ols. May we will having a bless year. Xoxo

Tuesday, December 21, 2010

as we GO on..

Hello u ols. Bertemu kembali ke laman sesawang tuan tanah yang agak berhabuk dan bersarang. Sorry la u ols, tuan tanah agak busy tambah lagi dengan ketiadaan lappy disisi. kepada incik tukang betulkan lappy, bawak2 la siapkan lappy tuan tanah. seriau dibuatnya tanpa lappy cabuk disisi. Dikala tuan tanah menaip entry kali ni, tuan tanah masih di opis membuat stock take containers2 maha agung bos tuan tanah. hasil tinggalan sifu yang lalu, memang terkontang kanting dibuatnya. hampeh btol itu sifu.

Btw, u ols tau tak lagu Graduation by Vitamin C. eleh tipu la tatau kan? Lyric dia agak bermain di kepala hotak tuan tanah dua tiga hari ni. korang caya ke dengan lirik tu? BLAH LA! We will still be friend forever konon??! Cuba u ols bermuhasabah diri. eh musabahah? eh ntah la. ramai ke lagi kawan yang yo yo kata BESFREN/BESTIES masih boleh dikategorikan dalam tu?

Tapi tuan tanah suka verse pertama lagu tu. Keep thinking times will never change, keep on thinking things will always be the same. But when we leave this year we wont be coming back, no more hanging out cause we're on different track. And if you got something that you need to say, you better say it right now cause you dont have another day, cause we are moving on and cant slow down and these memories are like a film without sound.

Pergi jahanam sama lagu ni. Sumpah tuan tanah benci. Sebab apa? Tak pasti. Mungkin sebab benci bila memikirkan semua yang tuan tanah anggap bestfriends dah takleh slow down.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 2010

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bertemu lagi dalam sesi bual bicara antara tuan tanah dengan diri sendiri. Terima kasih di atas sokongan dan komen komen yang diberikan dari para peminat. haha. Bagaimana dengan puasa anda semua? Masih ok? Atau ada yang dah curi curi tak puasa? Sendiri mau ingatla kan. Masing masing dah besar. Janganla hanya kerana alasan lupa niat atau pagi tak sahur, terus tak puasa. Biarlah kita tak puasa jika betul betul tidak diizinkan kita untuk berpuasa.

Sebut pasal ramadhan, semua fikir raya. Sejujurnya, selain daripada bab makanan, tuan tanah tidak la begitu gemarkan raya ni. Ye betul raya ni la waktu kita meraikan kemenangan kita setelah berpuasa sebulan. Menahan lapar dan dahaga, melawan segala jenis cubaan dan dugaan. Tapi apa yang tuan tanah tak gemar bila ntah sape sape datang umah nak beraya. Wey kot ye nak collect duit raya, agak agak la. Tuan tanah pun dulu kecik juga. hikhik

Satu lagi bila time raya ni la tuan tanah akan betul betul rasa "oh alangkah bestnya ada keluarga besar. Ada adik beradik ramai dan paling penting bertuahnya kalau masih ada atuk dan nenek". Untuk pengetahuan semua, tuan tanah hanya dapat merasa kasih sayang atuk nenek sewaktu kecil saja. Jadi untuk merasa gembira dengar lagu Allayarham Sudirman - Balik Kampung tu macam tade pape pun.

Tapi Alhamdulillah, tuan tanah masih ada mak abah dan abang. Tuan tanah patut rasa bersyukur kerana tidak semua orang merasa erti beraya bersama ibu dan bapa. Itu tuan tanah tabik spring kepada sesiapa yang dah melaluinya. Mesti mereka orang yang tabah. Tuan tanah harapkan begitu. Dan tuan tanah takkan lokek kalau2 mereka nak tumpang skali dengan mak abah tuan tanah. Janji mereka sudi :)

Sebut pasal mak abah, Alhamdulillah Abah berjaya puasa penuh untuk ketika ini. Cuma hari pertama itu nampak abah sangatlah lemah dan lemau. Mungkin belum biasa. Tuan tanah tade niat mahu menyalahkan takdir, mempersoalkan takdir. Tapi kadang2 tuan tanah mahu seperti kawan kawan yang lain. Ada masa berbuka di luar bersama rakan rakan lain, ke bazar ramadhan cuci cuci mata (walaupun ni mmg beta tak gemar). Tapi tuan tanah kena fikir semua. Tepat jam 5 petang, tuan tanah harus bergegas pulang dan terus singgah ke bazar ramadhan untuk membeli kuih muih. Memang dah kebiasaan berbuka nak kuih manis manis.

Balik je rumah terus sinsing lengan baju, terus masak. Apa? Tak percaya? Percayalah geng. Tuan tanah memang boleh memasak. Walaupun comot dan kasar gini rupa. Tuan tanah takde pilihan. Tapi nasib mak membantu didapur. Siap2 kan mana yang nak dipotong. Tuan tanah hanya perlu memasaknya sahaja. Dulu dulu Abah boleh masak. Tapi sekarang dalam pukul 6 petang tu adalah waktu kritikal Abah. Dia kan diabetes. Bila seharian berpuasa, kandungan gula nya rendah dan kadang kadang sampai dia kata dia tak nampak. Itu yang tuan tanah risaukan. Kalaulah tuan tanah berbuka diluar, mungkin kamu kamu akan fikir "ala mak abah makan luar je la" Masalahnya siapa nak bawa kalau jam 6 itu Abah mungkin kurang tenaga dah. Amy? Hmmm. Tiada komen untuk itu. Tuan tanah MEMILIH untuk TIDAK KOMEN.

Lepas berbuka, kemas dapur. Lepas kemas dapur, mandi, mata ni dah penat, badan dah lesu. Terus masak nasi untuk sahur. Sahur pun begitu. Lepas makan, kemas dapur, baru tidur. Jam 7 bangun untuk pergi kerja. Itu rutin tuan tanah seharian untuk ramadhan tahun ni. Jadi kepada sesiapa yang rasa mahu ajak itu ini begitu begini dengan tuan tanah, bukan la tuan tanah tak mahu. Ramaiiiiiii dan banyakkkkkkk undangan berbuka puasa diluar. Tapi tuan tanah hanya mampu memenuhi 2-3 undangan sahaja. Kesiankan mak abah di rumah. Harap semua faham. Bukan sengaja. Cuba la sesiapa di tempat tuan tanah. Cuba, try test tengok.

Ok la. Dah cukup tuan tanah merapu. Selamat Berpuasa semua. Semoga kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini dan semoga semua doa2 kita dimakbulkan oleh Allah swt.

Sunday, June 20, 2010

A Special Day for Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua peminat tuan tanah. haha. Perasan? Ada tuan tanah kisah? Seperti biasa, bertemu kita lagi dalam ruangan belog tuan tanah yang agak emosional sejak dua menjak ni. Well, stended cated la bila susah baru rasa nak minta tolong kan? Bila senang nak mintak tolong hape? Ok entry kali ini bukan entry rungutan atau entry luahan perasaan yang ntah hape hape dari tuan tanah kedaung belog ini. Entry kali ni hanya pasal Abah saya. Yes, Abah saya yang bernama Encik Jalaluddin bin Salim.


Bila sebut Abah, bila teringat Abah, hati tuan tanah agak sayu la. Bila difikirkan, diingatkan kembali ntah bila la kali terakhir Abah marah tuan tanah ni. Abah memang bukan seorang pemarah, perungut atau tukang bebel dalam rumah. Dia adalah insan paling berusaha untuk memuaskan hati orang dalam rumah. Okay specific sket. Dalam umah ni hanya ada Abah, Mak, Abang dan Tuan Tanah. Abah selalu masak untuk kami. Tak kira la sarapan, makan tengah hari, makan malam. Ntah kenapa. Bila orang cakap makanan air tangan ibu paling sedap, tuan tanah berani kata air tangan Abah paling sedap. Abah korang pandai ke masak ikan bawal sweet sour? atau bihun singapore yang dihidangkan sekali dengan ayam goreng tepung? haha hade?


Dalam pada tuan tanah selalu rungut bila terasa ketidak adilan layanan oleh Abah didalam rumah antara tuan tanah dan abang, bila nak marah itu hanya sekejap. Tak sampai hati. Bila orang kata jangan buat ibu menangis, tuan tanah lebih rasa tak nak buat air mata Abah tumpah. Jadi segala rungutan atau sakit hati itu tidak kekal kerana memikirkan Abah. Abah itu hero. Tuan tanah pasti setiap orang akan kata ayah kita, hero kita. Tuan tanah takkan menidakkan statement itu. Misalnya dengan situasi mak tuan tanah yang tak begitu mampu untuk membuat kerja rumah, Abah akan terus masak atau tapau makanan sebaik saja pulang ke rumah selepas waktu kerja. Pagi pun serupa. Akan cuba masakkan sesuatu untuk kami sekeluarga sarapan.


Abah tuan tanah orang yang kuat. Tak pernah kenal erti penat. Sentiasa mencari jalan untuk memberi kesenangan kepada kami sekeluarga. Paling penting, dia lah orang yang akan cuba meneutralkan keadaan tegang dalam rumah. Pernah waktu dia sakit, air mata Abah tumpah. Dia menangis mengeluh kenapa dia menyusahkan anak anak dia. Waktu tu tuan tanah hanya mampu tahan air mata sendiri. Sebab tuan tanah tahu Abah bukan orang yang cengeng. Bila dia menangis itu maknanya sudah tak tertahan emosinya.


Pagi tadi tuan tanah terjumpa satu quote yang menarik.

"The most important thing a father can do for his children is to love their mother"



Terima kasih Abah sebab tak putus putus menyayangi mak, membantu mak membuat kerja rumah tanpa rungutan, melayani kerenah mak tanpa lelah, dan paling penting tak pernah meninggalkan mak dalam apa jua keadaan. Betapa bangganya adik bila bercerita pasal Abah pada orang lain. Sebab tak semua Abah dalam dunia ni macam Abah adik. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada institusi keluarga kita. Terima kasih kerana mempercayai anak anak mu ini dengan membenarkan kami mencorak sendiri warna warna yang kami mahu dalam kehidupan kami. Terima kasih tak terhingga kerana menerima mak dan anak anak Abah seadanya serta bersabar dengan kerenah kami. Tiada orang lain boleh ganti tempat Abah. Biarlah kalau Abah orang lain boleh beri segala kemahuan anak anak dia, boleh beri wang ringgit, boleh beri kebebasan 100%, tapi Abah tetap Abah yang paling istimewa dalam hidup Adik. Adik hanya mampu berdoa agar Abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan keluarga kita sentiasa bahagia. Amin. Itu sudah cukup.


Selamat Hari Bapa, Abah.

Monday, June 14, 2010

Selfishness

Hai. Kembali lagi bersama tuan tanah blog nih. Sejak dua menjak ni tuan tanah dah publish kan blog ni kat pesbuk. Jadi bertambah ramai (perasan kejap) yang baca blog tuan tanah yang dah bertahun tahun ni. Baru nak baca ke wey? Ada juga yang comment macam haram, its my blog, apa tuan tanah nak kata, tuan tanah type je kat sini. Kalau tak suka, sila hala kan cursor anda ke atas bucu kanan anda dah klik saja butang X berwarna merah. FOC. TIADA BAYARAN. hiks


Kali ni tuan tanah nak minta maap pada semua. Tuan tanah dah banyak menyusahkan orang sejak dua menjak ni. Ya, hidup tuan tanah sejak dua menjak ini tidak la begitu teratur. Tapi itu bukan tiket untuk tuan tanah mengambil kesempatan terhadap kawan kawan untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada tuan tanah. Tidak! tuan tanah bukan begitu.


Tapi sebagai manusia biasa, tuan tanah tak terlepas dari mempunyai sifat mementingkan diri. Ye, tuan tanah agak mementingkan diri sendiri sejak dua menjak ni. Sampai tuan tanah lupa nak tanya perkhabaran kawan kawan yang lain. For that, I'm truly sorry. Hard times babe. Hampir gila? Ye juga.


Lately kawan kawan tuan tanah dah mula mengambil langkah setapak lagi kehadapan walhal tuan tanah terhegeh hegeh lagi memberhentikan setiap langkah. Serapat mana kita dengan kawan kawan, they will move on. Yes I am being selfish bila I dah mula rasa dijadikan sekadar Plan B kepada mereka. Sorry to say. Tapi if tuan tanah kat tempat diorang pun, mesti la akan buat cmni.


Rasa tak secure tu dah banyak kali tuan tanah rasa. They have moved on. I should move on too. Berubah untuk kebaikan dan mengambil langkah seterusnya. Bukan stuck kat takuk lama. I believe that I will move on. Cuma ntah bila. Apa yang tuan tanah mahu sekarang hanyalah ketenangan. Insya Allah, I'll be fine. Im a tough one dude. Yes cengeng sometimes.

To all my bestfriends, this is for u. thank you.


I hope that days come easy and moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

More then anything, more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more then you take.

Oh More then anything, Yeah, and more then anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it,
To your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more then you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

Monday, May 17, 2010

Dan Bila Esok..

Note: Penggunaan aku lebih sesuai dalam sesi rungutan/luahan kali ini. harap maklum


Dalam banyak banyak tahun aku hidup, tahun 2010 ni lah merupakan tahun paling sukar untuk aku. Tahun yang lebih rumit dan lebih banyak air mata aku keluarkan. Baru 5 bulan beb. Tak sampai setengah tahun. Tapi macam dah tak tertanggung rasa sukarnya hidup aku.


Bukan niat tidak bersyukur sampaikan lupa ada lagi manusia yang lebih sukar dugaan hidupnya. Tapi sebagai manusia yang sangatlah manja, keras kepala dan panas baran seperti aku untuk menempuhi dugaan yang diberikan ini buat kadang kadang aku hilang sabar dan pertimbangan.


Sampai waktu ini abah tidak menunjukkan tanda tanda akan cepat sembuh seperti sediakala. Dia seperti orang yang pasrah dengan takdir itu. Bertahun tahun dia melawan sakitnya, sekarang jika melihat riak muka abah, aku tahu yang dia tidak mampu. Mungkin kerana terlalu mengikutkan badan atau sememangnya dia telah letih.


Kehidupan aku seharian agak kompleks berbanding dulu. Akan bangun lebih awal untuk memasak bubur dan lauk yang ringkas untuk mak abah. Waktu kerja ku pula sering ditemani sms dari mak yang mengatakan sedihnya dengan sikap abah sekarang. Apa boleh aku lakukan? Aku sedang berusaha mencari rezeki agar satu hari nanti mereka akan hidup senang. Itu janji aku.


Pulang saje ke rumah, dengar lah segala bebelan, rungutan mak aku. yelah bukan niat dia nak bebel atau merungut. dia pun tak larat. bermulalah episod memujuk abah makan, memujuk abah mandi dan segalanya la. Tapi yang pasti dia hanya akan makan sesuap dua je makanan. Kadang-kadang rasa tak dihargai, aku tabahkan hati. Air mata ni begitu murah sejak dua menjak ni. segalanya aku rasa. sedih, marah dan kecewa. bercampur baur.


Kebetulan hari ni hari jadi abang aku yang ke 27. ye seteruk mana adik beradik kita, kita mahu yang terbaik untuk mereka. Jadi amy cakap nak makan makan kat rumah malam tadi. dia suruh aku masak mihun goreng. Sedihnya hati abah hanya makan dua suap. padahal kita makan untuk amy. malam tadi jugak air mata aku tumpah depan abah. meraung, teresak esak merayu agar abah jangan putus asa. kalau tak fikirkan anak anak, kasihanilah mak. mak mahu menumpang pada abah. tapi sekarang lain jadinya.


Tapi aku masih mampu bersyukur kerana diberikan kawan kawan yang sentiasa ada. Bila bila masa dikala aku rasa hampir putus asa, mereka tak pernah putus putus beri aku semangat dan kata kata nasihat. Sampai satu tahap aku menangis teresak esak pada mereka. Habis mahunya apa lagi? menangis di depan mak? itu tak mungkin terjadi. akan aku cuba tahan.


Demi Allah, aku takut. Siapa yang tak takut kan? Melihat pada ahli keluarga tercinta dalam keadaan ini. Jadi aku mohon agar aku diberi lebih kekuatan, tidak cengeng. Ini bukan masa untuk aku. Seluruh tenaga, jiwa dan raga aku hanya untuk mereka. Tiada lain. Abah, bertahanlah. Jangan putus asa. Banyak impian adik untuk mak dan abah. Beri adik peluang itu.





Thursday, May 06, 2010

Ups and Downs

Assalamualaikum dan Hello :) Tuan tanah kembali lagi. Kali ni dengan emosi yang melimpah ruah serta air mata yang bila bila saja boleh terjatuh kat pipi tuan tanah yang memanglah gebu.


22nd April. Lebih kurang pukul 5am. Mak kejutkan tuan tanah serta abang. Terpinga pingan dibuatnya bila mak kata abah jatuh katil. Bila masuk je bilik, betul abah kat tepi katil yang ruangnya agak sempit. Puas tuan tanah dan abang menyuruh abah bangun dan naik ke atas semula, dia tak mahu. Ditolaknya kami pula. Kadang kadang tu terdengar dia marah marah. Tapi percakapannya agak pelat.


Abah bagai tak kenal kami. Dia tolak kami sambil suruh jangan ganggu dia. Hampir setengah jam kami cuba pujuk. Sampai satu masa, tuan tanah dan ahli keluarga menangis. Tak pasti kenapa abah jadi macam tu. Oleh kerana dah puas pujuk tak juga jalan, tuan tanah dan abang terus angkat secara kasar. Bila baringkan je abah atas katil, dia jadi lembik. Terus tak berdaya. Mak terus call jiran sebelah. Memang kalau pape mak akan call dia. Lagipun dia kerja hospital. Check punya check paras gula dalam badan abah rendah. Terlampau rendah serendah 1.7 sahaja. We decided to call ambulans and they brought abah to the hospital.


Alhamdulillah abah sedar selepas 10 minit diberi gula di hospital. Tapi paling aku tak smpai hati tengok bila dia menangis. Abah tak pernah menangis. Abah orang paling kuat, paling bersabar dan paling banyak menyimpan perasaan. Rasa macam berdosa bawak dia ke hospital bila dia sememangnya takut ke hospital. Siapa yang berani duduk hospital? Siapa yang mahu? Luluh hati ni tengok Abah tak berhenti kesat air mata.


Abah kena tahan di wad. Kebetulan wad kelas pertama di hospital tu digunakan untuk denggi dan h1n1, jadi abah dimasukkan di wad kelas kedua yg dah bercampur dengan kelas ketiga. mulanya dia dapat katil extra tepi2. Masa tu hanya ada aku dan abah. Abah menangis lagi. Dia mengeluh "tapi jalan je aku tido" Sumpah kalau ikutkan hati dan perasaan ni, memang aku menangis kat situ. aku tahankan. pujuk dia. tapi nasib baik sekejap saja dia kat situ. nasib baik ade orang keluar. dapat la dia katil yang elok sikit. puas dipujuk ke private hospital. dia tak mahu.


Itu cerita 3 minggu lepas. Kini? Abah jadi fragile. Kami pula extra attention pada dia. Pada orang yang pernah mengalami situasi ni mesti faham kan? Kadang kadang aku tengok dia sihat, kadang kadang dia lemah. Suruh cuti, dia tak mahu. suruh berhenti kerja dia kata 10 bulan lagi baru nak pencen.


Hari ni badan abah panas. Tanya dia makan apa. Dia jawab nasi, buah. Ditanya buah apa. Dia cakap tembikai. Aku katalah pada dia, jangan la makan buah yang manis. Dia jawab dengan nada sedih yang betul betul buat aku nak menangis. "Habis apa je abah boleh makan?"


Tiba tiba dia menangis. Dia cakap nak tidur lama. Terus terang, aku takut. Aku bagi dia makan ubat, aku sapukan minyak, aku inject insulin untuk dia. dia cakap lagi "susahnya orang nak jaga aku" dia menangis lagi. aku hanya mampu kata "tak susah abah. janji abah ikut doktor cakap apa"


Aku tahu duit bukan segalanya. Tapi kalau aku punya duit, aku tak mahu abah kerja lagi. dia dah penat kerja menyara kami. duit boleh dicari. abah takleh diganti. mak pun tak sihat sangat. abah pula sekarang. aku? tak menyumbang apa apa. kesal.


Aku hanya mampu berdoa agar mak dan abah dipanjangkan umur. sihat sentiasa. dan aku sebagai anak diberi kesabaran yang tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. orang lain datang dan pergi. keluarga tidak.

Wednesday, April 21, 2010

K.A.W.A.N

Bertemu kita sekali lagi dalam bual bicara, merungut, membebel dan meluahkan seluruh rasa ketidak puas hatian tuan tanah terhadap apa sahaja disekelilingnya. Topik rungutan pada malam ini hanyalah topik yang light light gitu. aterr? dah malam. emosi je lebih. otak pulak dah penat digunakan sepanjang hari. jari juga kalo bole nak menjerit meminta rehat kerna seharian dah digunakan untuk mencari rejeki demi sesuap nasik. okay tipu. banyaakkkkk suap nasik, banyak kali karoke, berpoya poya dan macam macam lagi.


Sekarang tuan tanah mahu pembaca membayangkan hidup pembaca sekarang. ramai kawan tak? well seperti yang anda semua maklum, tuan tanah ni glemer. jadi tentu la ramai kawan. tambahan pula bakal menjadi bini anuar jen. hikhik tapi, cuba korang fikir berapa ramai sebenarnya dalam friendlist yang ada dalam kepala hotak korang adalah kawan yang berkualiti? kawan mmg senang carik la geng. lu senyum sket, ramah sket, gedik gedik sket. confirm lu akan ada kawan. cuma tinggal cepat atau lambat je. macam tuan tanah ni lain sket. lembap! memula tu ala ala mulut ada emas giteww. bukan hape, kang terlebey peramah orang tak suka plak kan?


ok tolak tepi kawan bukan berkualiti. kiranya skang yang tinggal hanyalah kawan yang berkualiti. kejap! cmne korang kategorikan org tu kawan berkualiti? baik? ramah? sapot idop korang? setia? selalu bagi no tepon awek/jantan?


bagi tuan tanah, mencari kawan berkualiti itu ibarat susahnya mencari calon suami/isteri. dia mestilah setia, baik hati, jujur dan akan selalu menidakkan yang memang sah sah tidak betul dan akan selalu menyokong ke arah kebaikan. tapi mana ade orang perfect gini? laki org pun skang cari skandal kat opis kan? (skada contoh ye) tuan tanah bersyukur dengan kewujudan kawan kawan yang berkualiti disekeliling ni. mereka menerima seadanya tuan tanah tanpa ada apa apa kompromi. (ye ke? hahaha)


tapi kan as we goes on, people are moving forward. kawan kawan pun sudah makin lama makin menampakkan jalan menuju puncak. padahal aku baru je isi borang nak join AF 9 taun depan. haha. jadi sekarang ni aku jeles ke atau aku takut kehilangan diorang, aku pun tak pasti. tapi nak sedapkan hati sendiri, aku pilih kata aku takot kedua dua nya. jeles dengan jalan menuju puncak diorang dan takut kehilangan diorang sebab aku baru je nak blajar ikat tali kasut. sumpah aku takut. aku takut hidup sorang sorang. air mata pnah menitis bila lunch sorang sorang, apatah lagi kalau hidup sorang sorang?


jadi aku dah jumpa satu jalan alternatip. aku bagi diorang jalan dulu menuju ke puncak, sambil tu aku isi la borang dulu, blajar ikat tali kasut tapi dalam masa yang sama aku ingin cari kawan baru. yes. new friends. lupa sudah cmne cara cara nak kenal kawan baru. tak kisah la dari mana. janji kawan kawan baru. jadi jika semua kawan2 berkualiti aku ada hal/komitmen lain dalam masa yang sama, sekurangnya aku ada kawan kawan baru.


Persoalan di sini, MANA AKU NAK CARI KAWAN BARU? add je semua orang dalam fb? ke kembali ke zaman IRC? hi asl pls? hahaha ke pepura langgar sesapa? atau tegur sapa orang dalam lift opis? atau call kawan kawan yang sedia ada tanya dia ade tak kawan kawan yang memerlukan kawan baru jugak? haha nampaknya gua kena buat iklan la. MENCARI KAWAN BARU. bole kan? orang cari jodoh pun boleh. takkan cari kawan tak boleh? atau join la kelab mancing ke, kelab kete ke, kelabing ke. hoho.


Sampai ketemu lagi.




p/s sapa ada kawan nak kenalkan, let me know ya ;D

Monday, April 19, 2010

Suku Abad Sudah

25 tahun dahulu, 18 April 1985 tepat jam 10.05 pagi seorang bayi perempuan selamat dilahirkan di Dewan Bedah, Hospital Lama Klang oleh Puan Sariah Abd Hamid. Ya, di dewan bedah tetapi secara normal. Tak sempat para doktor dan jururawat nak bedah, bayi tu tak sabar-sabar nak tengok dunia. Gedik sungguh bayi itu. Bayi tu dinamakan sebagai Saidatul Nazla. Ya aku la tu. haha.


Mak pernah berkata, sepanjang mengandungkan aku, dia suka makan makanan berkuah. Agaknye tu la sebab kalau aku nak makan mesti nak berkuah. Kalau takde, agak marah di situ. Mak ada juga berkata, mak dikelilingi oleh lelaki semasa mengandungkan aku. Aku juga dibesarkan dikelilingi lelaki. Yela, abah kan kerja "stesen master" dulu. Ramai kawan abah pemandu bas. Aku masih ingat asal hujung minggu drebar2 bas selalu ajak aku naik bas jalan2 ke KL. Selalunya bila abah keja shift malam. Abah pulak akan dudukkan aku btol2 di belakang pakcik drebar. Jadi tade la aku kena culik ke apa. Life was so wonderful at that time. Bila abah gaji, kami makan KFC. dah kira mewah tau. Bila besday, dapat makan KFC jugak.


25 tahun sudah aku dibesarkan. Takde perkataan yang lebih bagus dari ucapan TERIMA KASIH kepada mak dan abah. Terutamanya mak. Mengandungkan aku, melahirkan aku, menyusukan aku, serta menjaga aku dengan baik bersama abah. Dari kecik sampai la ke besar ni. Gedik, degil, keras kepala dan panas baran. Tapi itu bukan salah mak abah aku. Itu bukan diwarisi.


Terima kasih kepada mak abah kerana memberi aku peluang untuk hidup dalam keadaan sederhana, diberi peluang pendidikan dan diberi kasih sayang secukupnya. Tidak seperti bayi2 yang dibuang merata, tidak seperti anak anak yang didera secara fizikal atau mental, dan tidak seperti anak anak yang tidak mampu diberi pendidikan yang sempurna. Alhamdulillah aku masih bertuah.


Pada umur suku abad ini, aku hanya patut memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt, kerana dilahirkan sempurna, tiada cacat cela. juga kerana diberi keluarga yang sempurna bagi aku, dan dikelilingi ramai orang yang mengambil berat terhadap aku. Jadikan doaku sempena ulang tahun yang ke 25 ini agak keluargaku dan orang orang disekeliling ku diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan gembira selalu. Ameen.

Tuesday, March 23, 2010

When He Already 54

Tanggal 22 March 2010, Abah genap 54 tahun. Alhamdulillah. Sepertia biasa, makan sekeluarga sebagai tanda menyambut ulang tahun kelahiran Abah. Tiada permintaan khusus dari Abah. Lalu kami membuat keputusan ke Sakuna Tomyam. Salah satu kedai makan yang boleh buat Abah berselera makan. (bukan senang tau). Sebenarnya pun tak terfikir nak ke mana-mana tempat yang jauh kerana Mak nak tengok AF. Kami nak tengok Man U.


Seperti biasa. Hanya mampu berdoa agar Abah dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Berikan lebih masa untuk kami yang sebagai anak-anak membalas segala jasa Abah. Ingin juga di hati ni nak suruh Abah berehat saja di rumah. Tapi belum sampai masanya lagi. Satu hari nanti Abah. Sabar ye.


Selamat Hari Jadi Abah. Tak dapat dibayangkan bagaimana hidup tanpa Abah di sisi.




Tiada Baris Kata Yang Dapat Kulafazkan
Untuk Ku Mengggambarkan Erti Pengorbanan Mu
Tiada Syair Indah
Termampu Ku Ciptakan
Yang Setanding Indahnya
Belai Kasihmu.....

Monday, March 15, 2010

Aku memang mengada. So?

Aku anak bongsu dari 2 beradik. Aku hanya ada abang. Jadi houseworks mostly aku yang buat. Pesanan Afzan yang aku ingat: Be the bigger one. Jadi bila di rumah itu aku independent. Well tak la setiap masa. Tapi you can count on me la on anything.


When I started to get to know someone or should I say someone yang aku rasa selesa bersama. Aku akan jadi lain. Automatically. Aku jadi lemah selemah lemahnya! Aku sedar tapi aku biarkan. Aku seboleh boleh nak jadi dependent. Ntah sebab apa. Mungkin aku mengada, mungkin aku gila attention. Tapi siapa yang dalam dunia ni tanak dimanja dan diberi perhatian? Cuba beritahu aku?


But sadly, bila perangai buruk tu muncul, it was seductive. Mengada sekali dan mahu lagi. Hah macam korang makan makanan yang sedap. Pasti mahu lagi. Aku mahu a shoulder to cry on. Bila aku rungut, bila aku marah. Dia sentiasa dengar. Dia sentiasa ada memberi kata semangat. Eh tanak la kritikan. You know, bila orang macam aku ni mengada, aku tanak any kritikan. Aku cuma mahu dia dengar. And paling best kalau dia boleh buat aku calm down. Mengada ke aku?


A shoulder to cry on bukan la susah sangat nak cari. I do have bestfriends. Tapi manusia kan? Mana pernah berpuas hati. Aku mahu yang bukan dari kalangan bestfriends. Yes, a man yang willing to lend me a shoulder to cry on. Tapi nak cari lelaki itu masya Allah, punya la payah.


Aku tau laki nak perempuan yang manja tapi yet independent. Jadi tak la merimaskan. Tapi apa jadi bila tima pempuan tu mau bermanja, laki tu mau pempuan tu independent. Haiyo~ Parah wey. And itu terjadi pada aku sekarang. Bila aku perlukan dia. Ketika ini. Dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan karenah dan mood aku yang bapak mengada ni. And it hurts me so much!


Jadi apa patut aku buat? Susah sangat ke nak jumpa seseorang yang betul betul menerima kita seadanya? *sigh*

Saturday, March 13, 2010

kalau boleh..

kalau la boleh kan semua benda aku nak dalam hidup ni. pantang nampak apa yang cantik dimata confirm akan ku beli. itu kalau boleh. maknanya di sini, kalau aku kaya raya atau memang duit aku takkan susut walaupun lepas aku beli rumah berharga 3 juta. aku nak sangat laptop baru, aku nak sangat handbag baru, aku nak juga perfume baru dan aku nak juga kereta baru. haha


kalau boleh juga aku nak upah orang gaji bekerja dalam umah aku nih. Wey tak larat semua benda nak kejarkan. basuh baju, masak, mop lantai. blom lagi basuh bilik ayor. naik patah pinggang dibuatnya. lagi satu, tade la mak penat nak buat kerja ni kalau aku tak sempat/malas nak buat. mak pun bukan nya lalu sangat. erti kata lain memang dah tak lalu.


pastu kan, kalau la boleh aku nak cepat cepat dapat kerja yang sesuai dengan aku. skang baru aku tau betapa susahnya cari keje. beb takat kelulusan Second Class Upper, apa je ada? lagipun company nak gak nengok rupe bakal pekerja. kalo bakal pekerja dia mcm aku? cmno? kot la company ada yang nak lawa je. ada juga nak yg bijak bercakap. ada jugak tgk 1st impression pada aku terus rasa "wey budak ni takleh blah" kadang2 aku rasa aku rindu zaman blaja. tapayah pk pape selain blaja. aku tak pandai bercakap, aku tak pandai nak kipas. kalau aku buat salah, mmg nampak gilaaaa kecuakan dimuka aku. (inesen la katakan).



lagi satu ni kalau la boleh, aku nak gi bercuti. ye mungkin poyo apa aku cakap ni. Tapi dah sampai masanya aku ikhtiarkan mencari duit bercuti di Kota London. dulik kan kalo org kata aku berangan lebey. mak aku pun tak caya. siap gelak2. tapi akhirnye gelak dia terdiam bila aku dah sampai ke Singapore dan bakal jejakkan kaki ke Jakarta bulan May nanti. itu la. cabar lagi anak dia ni. mana tak tumpah kuah kalo tak ke nasi? dia pun jenis cm aku jugak. kalo nak sesuatu tu kan, itu jam jugak nak. dia pnah ckp dulu masa aku tak dpt makan aiskrim, abes satu parking kete umah aku golekkan smpai ke pagar. (usaha pemberontakan) jadi? agak agak sape yg dah influence aku dgn sikap gini? hahahha


Last la, ini wishlist aku paling aku nak skang. kalau boleh aku nak mak benti pk yang aku ada hubungan dengan lelaki itu. hoi tak semestinya kalau rapat maknanye aku bercinta dgn dia. aku tak paham dari mana datangnya imaginasi mak aku yg rasa aku bercinta dengan mamat tu. padahal dia tau mamat tu ade gf kat kampung. nak tau betapa kroniknya mak aku terhadap mamat tu? sampai nak belikan hadiah besday dia tau. wey kawan2 baik aku punye ramai tade plak mak aku heboh nak belikan hadiah. yang mamat ni plak mak aku sibuk. BUAT MALU je. kalau bole aku nak erasekan memory mak aku mengenai mamat itu. sbb im sick of being teased konon2 aku dgn dia ade something. smpai dah terbawa bawa ke kampung. her imaginasi ni siap dah tersebar di kampung konon2 dia akan bermenantukan orang kelantan. wth? buat jatoh saham aku je. padahal anak mak single mingle.






hah sekian saja luahan perasaan tuan tanah untuk ketika ini. eh sbenanya ada satu lagi. kalau boleh nak kawen dgn anuar zain. *winks*

Tuesday, March 02, 2010

Tuesday, February 16, 2010

Nite to Remember

Hey guys. How was your CNY's holiday? Mesti ada yang sambung cuti sampai weekend kan? Me? Tempat keje bagi cuti seminggu. So next Monday baru start keje balik. Yaahoooo!

Btw, last week my friends and me went to Putrajaya to watch A Night Marathon. One of my friend baru je berkecimpung dalam aktiviti ni so she wanted to see the contestants. Kami ni saje la join sebab nak bagi semangat. Tapi dalam pada bagi semangat, dia je yang tengok orang marathon, kami snap sana sini. So enjoy my few pictures ya ;)






p/s I miss Nadia so much :(

Friday, February 05, 2010

bebel hari ini

Hello bloggers! Been a while I never post any entry here due to lack of ideas, lack of time and unstable emotion. Higher level sensitivity actually.


Well, 1st of all fyi, currently working as GSTT for a new school. Did tried to transfer to the previous school but heyyy sape la saya untuk meminta minta kan? So now? REDHA MODE. Learning to appreciate apa yang ada di depan mata.


Tapi bila sedang belajar menghargai dengan emosi yang tidak stabil dan ada pula anasir anasir yang cuba membuat onar, cuba menginjak injak kan kesabaran dan kewarasan saya yang agak terumbang ambing ( I MUST ADMIT THAT ), hati ni cepat panas, cepat melenting. Mula-mula cuba juga amik pusing apa orang bagi nasihat. "Mungkin ko letak high expectations sgt kat students ko" FINE! kite harus cuba untuk kali kedua la kan?


Tapi bila kite dah cuba beberapa kali tapi masih di takuk sama, WA JADI PANAS! budak memang budak. time budak ni la kita nak lentur dia. Tapi kalau mmg dah tak makan saman? tak ke mmg mintak dicarutkan je?!


Kepada ibu bapa, kakak, abang, makcik, pakcik kepada anak anak yang bersekolah, sila pastikan mereka itu benar benar belajar di sekolah. Tak boleh membaca bila umur dah 14 tahun, siapa yang patut dipersalahkan? Siapa nak tuding pada siapa? Kesal! Kesian! Pastikan mereka belajar. Ibu bapa pula jangan la cepat melenting kalau anak dipukul cikgu. Zaman dulu2 kita ni relax je kena pukul? Hidup pun kan? Ingat jugak pesanan cikgu2 yang pukul kita.


The End

Monday, January 11, 2010

Saya Rasa





SAYA SEDANG JIWA KACAU!!














Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009, Hello 2010

Assalamualaikum and Hello guys. Been a long time not updating any issues/stories here. Currently tuan tanah dilanda penyakit kurang menjana minda. Tapi ok la, will try my best nak update something biar tak bersawang ;)



I could still remember 1/1/2009 diraikan dengan penuh ringkas bersama Nadia, Leely dan Alan. At that time I was doing my internship at KFHMB. Really had a great memories and experiences during the internship. Made new friends there. Some are currently dah dianggap as my Siblings. There are 8 of us. I heart them very much.



Then I went to several memorable vacations with family & friends. Kali ni I could see that my parents especially my mom dah agak letting go of me. Tapi ada la kadangkala dia risau. Tapi alhamdulillah Mak makin memahami yang anak nya semakin membesar dan semakin ingin mencuba.







Ive tried few new things in life. good things and bad things. learn and moving on. Even sometimes I rasa macam I tak move on pun. Tak pernah terlintas untuk bekerja sebagai pendidik. Tapi akhirnya 5 bulan jugak la menjadi pendidik di sebuah sekolah menengah. Enjoyed the job, enjoyed the environment. Less stress and less panicness. hihihi



Finally graduated for my BBA Finance last October. Segala galanya rasa berbaloi masa tu. Susah senang diharungi bersama. Suka duka dilalui bersama especially with Afzan, my true friend, my partner in crime. Geng Bus Sekolah really mean everything to me. I heart them too. Thanks all.


Ok, let me buat satu confession. Kadang kadang kita tau apa yang kita buat tu salah. Tapi boleh tak kalau kita mmg saja biarkan. Sebab kadang kadang penat buat benda betul dan mahu mencuba yang tak betul. SEKADAR MENCUBA tau. boleh ke ye?


Lastly, Saya cuma mahu berharap 2010 bakal memberikan kehidupan yang lebih bermakna untuk semua. Love my family and besties. Happy New Year guys.


Hello 2010. Mintak mintak la semua yang baik baik belaka je dapat pada kita. Ameen!